Monday, November 23, 2009

watak hujung minggu

hari isnin kembali dengan minggu baru... minggu yang baru berlalu aku akhiri kerja dengan stres yg tiba2 datang 2jam sebelum balik... seperti biasa aku bila ditunggangi marah, aku akan mengunci mulut dari bercakap... muka nda payah cerita la...sebaik sampai di rumah, aku terus tidur...abis cerita minggu lepas..

sabtu dan ahad aku dipenuhi dengan aktiviti yg bukan watak aku seperti selalu... aku suda tengok filem Ketika Cinta Bertasbih... selepas membaca novelnya, aku memang nda sabar menonton filemnya lebih2 lagi selepas menonton preview... novel dan filem tidak jauh bezanya, dan seperti tidak banyak yang boleh dikomen... sangat baik buatan Indonesia!!! namun agak mengecewakan juga bila KCB bersambung dan terpaksa tunggu KCB2 pula... nampaknya bukan novel saja 2episod,filem juga begitu... dan begitu banyak pengajaran yang diselitkan walaupun banyak plot dalam novel terpaksa dipotong... 2jam tidak terasa lama, mungkin kerana kualitinya...dan pastinya KCB2 juga memakan masa 2jam atau lebih...

kemudian malam nya, aku ke papar lagi, jemput kawan (ni betul2 kawan, bukan cewek), tengok match Lpool- ManCity , game Chelsea-Wolves dan last sekali tengok movie 2012.... agak mengecewakan filem ni...sangat tidak berbaloi dengan harga rm9!!!... aku sempat tidur dalam panggung... sama seperti filem senario episod 2... tiada motif, plot cerita yang lemah dan langsung tidak ada unsur2 pendidikan dalam kedua-dua filem ini... bezanya hanyalah filem 2012 mungkin dengan kos yang tinggi manakala senario kelihatan sangat jelas dihasilkan dengan bajet yang rendah.... tolong la kepada produser dan pembuat filem, jangan buat macam ni...kesian la kepada peminat2 filem melayu... kalau orang nda tengok filem melayu, salahkan penonton nda sokong filem melayu, tapi bila kita tengok filem melayu yang tidak memberikan sebarang faedah dan langsung tidak membawa pengajaran....kita nda pernah salahkan produser dan pembuat filem...

dan hari minggu seperti juga minggu lepas, aku bercuti di opis menghabiskan kerja2 tertangguh sepanjang minggu lepas...

Nota Suara Aku seperti masuk ke dalam sebuah tin kosong kemudian berteriak minta dikeluarkan... gema dalam tin menjawab soalan yang aku teriakkan... teruskan berusaha memujuk hati yang lara dan jangan pernah cuba berputus asa... cuma berhati2 dengan usaha, takut2 menjadi penyebab rimas dan akhirnya memakan diri sendiri... adios!!!

Thursday, November 19, 2009

Poker King

Semalam hari rabu...hari rabu tiket wayang murah... bila murah, cinema seperti memanggil aku lai...lai... aku pun tinjau2 la gsc, tengok apa wayang yang sedang ditayangkan... plan mau tengok Ninja... tapi nda sempat pula... jadi aku suruh kawan ku pilih wayang apa yg mau ditengok, aku mau tengok Phobia 2(filem thai), tapi penakut sungguh kawan ku ni... yang dipilih Poker King (cant)... aku ingatkan dia ni tau sangat pasal poker...hampeh, lepas tengok aku explain macam mana bentuk game Poker ni...

bertepatan dengan tajuk post hari ni, aku suka mengambil pengajaran setiap filem yang aku tonton...baik disamakan dengan kehidupan harian, mahupun dijadikan sebagai penambah ilmu pengetahuan...sekali lagi, filem kadang2 seperti mengolok-ngolok apa yang terjadi kepada diri kita seharian... dan filem PK ni aku lihat mengajar kita supaya percaya kepada diri sendiri... jangan mudah terpedaya dengan lakonan dunia yang pastinya tidak dikenali (walau banyak mana pun pengalaman kita)... begitu juga, kehidupan maya(online) tidak sama dengan realiti... dalam kehidupan maya, contohnya tulisan yang anda baca ini, anda tidak mungkin dapat mengagak apa yang sebenarnya terjadi kepada Aku... tapi bila anda berhadapan dengan Aku, tidak mungkin aku dapat menyembunyikan apa yang bermain di dalam kepala hotak ku...

PK sebuah kisah yang diselit dengan percintaan yg tidak logik... macam mana hanya dengan 'terjumpa' seorang wanita yg selalu bernasib malang, tiba2 bernasib baik sebaik mereka bertemu... dan muncul bibit2 cinta dan saling percaya-mempercayai dalam tempoh yang sangat singkat...tapi filem adalah filem... dan mungkin pengarah tidak mahu menitikberatkan sangat cinta ini... oleh itu, mana yg tidak logik, anda simpan saja la dalam poket k... ataupun biasa aku kata...abaikan!!!

Nota Suara Aku mengajak anda untuk menilai sendiri apa juga perbuatan anda... percaya pada diri sendiri dan hadapi dengan tenang tanpa bersedih... Memetik kata-kata Khalil Gibran
"jiwaku menasihatiku dan memintaku mencari yang tak dapat dilihat, dan jiwaku menyingkapkan kepadaku bahawa apa yang kita sentuh adalah apa yang kita impikan." adios!!

Tuesday, November 17, 2009

Bila Percaya Hilang

sekadar menjadi pembuka post hari ini... post ni dinotakan sebelum aku menjengah mimpi sebentar lagi... mau nda mau, aku rasa penting untuk membiarkan jari-jemari ku menari2 di papan huruf dan mengikut rentak yang didengarkan oleh kepala ku... post sebelum ini aku ada nyatakan tentang kawan ku yang menerima ujian yang sangat getir tentang cinta...


aku nda ingat berapa banyak cerita cinta aku pernah tulis dalam blog NSA ni... tapi yang pasti tidak ada satu pun post yang betul2 menjurus kepada kisah cinta ku... kalau ada pun, hanya lah di permukaan dan gigi air sahaja, tidak lebih dari itu... kalau aku nda silap juga, aku pernah bercerita tentang kisah kegagalan cinta kawan ku dan mungkin juga kakak ku tapi itu semua kisah lalu yang hanya lah sekadar menjadi sejarah untuk aku selak bila aku boring...


berbalik kepada tujuan asal aku menulis malam ni... kisah tentang kepercayaan yang hilang setelah dibina 8 tahun! lamanya... wah aku rasa kalau aku yg bercinta 8 tahun bermula sekarang, umur ku 34 baru kawin la alamatnya... sebagaimana aku cakap, aku 'belum' bercinta, dan pastinya belum merasa kecewa bila kekasih yang kita letak jiwa dan raga hanya kepadanya, curang atau cuba menduakan... tapi aku sudah berhadapan dengan orang2 yang mengalami kekecewaan bercinta... aku percaya cinta datang dari aura percaya antara satu sama lain... demikian juga perkahwinan adalah kesinambungan saling percaya...


aku bukan Cupid (Dewa Cinta) yang mempunyai panah asmara, menyambung semula penceraian, atau mengubat luka di hati... tapi sebagai kawan, aku rasa bertanggungjawab untuk memberikan semangat kepada kawan yang kecewa ni... aku sangat2 terkejut, sebaik aku masuk ofis kemarin, muka kawan ni tidak bermaya langsung... padahal dia baru balik dari menjenguk kekasih yang berkursus di sarawak... seperti tidak ada tanda2 dia patah hati dalam sms yang dia hantar jumaat lepas sebaik jumpa cewek nya... aku pun apa lagi, suka menyakat kawan, aku reply la dengan pesanan, "Hepi la jumpa bini, mengadu la tu macam2 kena buli la, mcm baby baru jumpa mummy, uwek2"... tapi dalam masa yang sama, aku pesan "Enjoy your holiday"... juga aku pernah bergurau 2minggu yang lepas, aku cakap kenapa nda bagitau cewek yang dia mau ke sana, dia cakap mau bagi surprise... okla aku cakap, kemudian aku sambung "bayangkan, masa kau jumpa cewekmu, tiba2 ada lelaki jemput dia balik kerja?" niat bergurau aku rupa2nya memang menjadi nyata... dan kawan ku memang sudah menjangkakan hal demikian... bukan bersangka buruk dengan cewek, tapi dia pernah terbaca sms yang agak pelik sebelum ni... bukan ibu/bapa saja mampu membaca gerak hati anak... rupanya pasangan kekasih pun mempunyai daya yang mampu membaca gerak hati... aku simpati dengan kawan ku...mungkin cukup latar belakang ini..

apa yang menjadi kunci utama sekarang yang aku ingin sentuh sedikit, adalah PERCAYA... bagaimana hendak diungkapkan ekspresi percaya ini? tidak akan kelihatan, tetapi andai percaya ini hilang atau hancur, kita nda payah sembunyikannya...kerana ianya jelas kelihatan... ini dapat aku lihat di wajah kusam kawan ku ni... sepertinya mayat hidup, sudah la kurus, mata lagi cekung mungkin menangis di tengah malam pekat gulita...senang cerita, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena, berak tak lawas.... jika pernah mengalami perkara sebegini, cepat2 la setelkan takut2 bunuh diri pula....bunuh diri ndapa, kalau bunuh orang lain, siapa yang malu, mereka dan keluarga mereka juga....

bukan mudah untuk kembalikan rasa percaya dalam diri... sori adalah perkataan yang paling mudah diungkapkan oleh yang bersalah, tapi sejauh mana kekuatan sori dapat mengubat hati yang terobek... apapun, aku sangat respect kawan ku yang cekal menghadapi dugaan ini... katanya sayang memang la sayang, tapi bukan mudah untuk memujuk hati... bila petang, selepas dia luahkan segala yang terpendam, barulah nampak ceria sedikit...mungkin lega dapat dibuang segala yang terbuku...keceriaan yang muncul aku ambil peluang untuk mengusik lagi... aku perdengarkan lagu2 tangkap lentok seperti Hatiku Luka Lagi (Black Dog Bone), Kiss and Say Goodbye (The Manhattans), DugaanNya (Hujan) dan Tanda2 Patah Hati (Type-X)...kalau dihayati apapun lagu2 patah hati, seperti lagu2 ini memahami apa yang berlaku... cerita nya sama...cuma jangan la dengar sangat lagu2 begini k... aku ni jiwang2 juga kadang2....

Nota Suara Aku mendoakan agar kawan ku ni, cepat2 la pulihkan semula tenaga yang hilang... panggil balik tu semangat yang tertinggal di sarawak tu.... sudah pulih, jangan biarkan walau sesaat masa berlalu....pinang terus, 1minggu bertunang cukup....kawin la...orait! adios dan selamat malam....

Monday, November 16, 2009

3 Soalan

semalam aku datang opis untuk buat kerja yang tertangguh selama aku cuti kecemasan 3 hari minggu lepas... dan aku seperti mendapat semula sentuhan kerja yang hilang lebih kurang sebulan setengah... satu emel yang masuk membuka mataku dan membuatku sedikit hairan... emel dari Bos dengan ucapan selamat yang sangat mesra... kelihatan nya seperti ikhlas, namun dalam hati siapa yang tahu kan... aku teruskan kepada isi utama emel... Bos mengajukan 3 soalan yang memang menjadi soalan cepumas semasa interview... tapi dinyatakan dalam bentuk emel bagi memudahkan kita berfikir dengan lebih matang... berikut merupakan soalan nya...
  1. If you owned this company, what would you want to change first?
  2. Of all the things Management is doing, what would you like to know most?
  3. Of all the things Management is doing, what do you appreciate most?

sebelum aku menjawab soalan ini(yg aku fikir tidak akan aku jawab di sini)... aku terasa seperti suatu penghargaan dan aku sangat menghargainya bila bos meminta pandangan orang bawahan seperti aku... menganalisis satu persatu soalan ini, untuk soalan pertama sememangnya AMAT mustahil, bak kata orang sini 'macam mengolok-olok kau ni sama aku'... tidak mungkin orang semiskin aku yg makan pun berikat perut dapat memiliki syarikat ini... apalagi bermimpikan mempunyai syarikat utiliti yang dominan dan penting di negeri bawah bayu... namun begitu soalan ini seperti mengajak aku supaya membuat tempat aku bekerja ini sebagai milik sendiri... usaha dan semangat yang ditanam perlu sama seolah aku lah yang empunya syarikat ini... agak psiko juga soalan begini yang kalau lemah2 tenaga batin, boleh tewas....

soalan kedua merupakan soalan paling senang dalam ketiga2 soalan... soalan yang sepatutnya tidak perlu diajukan kerana aku memang selalu bertanya juga, apala yang dibuat oleh bos2 sampaikan dapat gaji yang besar... nda mungkin kerana master atau PhD yang diperolehi sahaja kalau nda ditunjangi dengan idea dan skil yang diorang miliki... adakah bos2 ini kerjanya hanyala mengarah (walaupun itula hakikat) dan memastikan 'Whatever it is, I want it done!'... sepertimana yg kerap digunakan oleh bos ku..

soalan ketiga, agak sukar untuk aku ingati apakah yang dilakukan oleh syarikat kepada ku... namun soalan ini mirip falsafah yang pernah aku dengar... Jangan ditanya apakah sumbangan negara kepada mu, tetapi tanyalah dirimu apakah sumbangan mu kepada negara... walaubagaimanapun, soalan ini masih rasional dan boleh dijawab dengan fikiran yang waras... dan mungkin Career Path...walaubagaimanapun, tidak semua mendapat peluang yang sama... bergantung kepada siapa yang menjadi ketua dan apakah misi dan visi nya... sepertimana pernah aku katakan sebelum ini, aku agak bertuah dan beruntung mendapat bos seperti Mr.Gan yang menjadi kebencian hampir keseluruhan pekerja syarikat ini... mungkin ini hanya pendapat sendiri tanpa mengambil kira sebarang bentuk analisa dan kaji selidik... namun, di setiap kebencian itu, tidak boleh dinafikan manfaat yang disalurkan tanpa disedari...

Nota Suara Aku mengharapkan sebarang idea bagi menjawab soalan2 ini... bukan jawapan yang aku mahukan...cuma pengetahuan dalam membuat pertimbangan untuk aku jawab...

Hari ini, aku sekali lagi menjadi tempat luahan perasaan yang remuk dan terluka akibat diduakan kekasih... sebagai kawan, aku berterima kasih sebab dipercaya... bukan mudah sebenarnya untuk kita menjadi tempat luahan kawan... tanya la diri sendiri, berapa ramai kawan yang mengadu dan meluahkan masalah mereka kepada diri anda... andai ramai, maka sememangnya anda memang sangat beruntung dan memang boleh dipercaya.... nanti aku notakan dalam post akan datang....ahh ni yg nda siok ni... janji nda pernah tepat.... adios!!

Thursday, November 12, 2009

Perginya Bella

tanggal 10/11/09...kurang lebih jam1 tengahari... adik ku call dengan tangisan... sorang lagi anak buah ku dijumpai di dalam air dekat rumah... kali ini adik ku yg bongsu yang ternampak... bapa ku yang 'pungut' dengan longlai arwah naik ke rumah... bapa berusaha dengan mencuba membawa berlari arwah dengan harapan air yg masuk ke tubuh arwah keluar... dan sms yang masuk pada jam2.35 petang sejurus selepas aku solat hajat... arwah telah pergi menemui Allah...

sungguh besar ujian Allah kepada keluarga kami tahun ini... namun kita perlu redha dan tidak seharusnya menganggapnya sebagai bala... keranan mati itu adalah ketetapan Allah dan hanya bagaimana kita menemui Nya sahaja yang berbeza... jika bulan empat yang lalu, anak bongsu kakak ku yang sulung mengadap Allah tika umurnya 3tahun, anak sulung kakak ku yg ketiga ini pergi sebelum dia sempat mengambil sijil tamat tadika minggu hadapan... apa yg tidak mungkin dapat aku lupakan tentang arwah... ketika dia mencecah umur 6tahun... di hari lahir nya, dia dipukul mama nya sebab tercicir duit rm5... arwah nda bagitau mama nya pasal duit tu... aku 'backing' arwah, aku cakap bukan salah dia, poket seluarnya koyak.... pertengkaran kami putus sebab mamanya cakap paciknya(aku la tu) nda belikan dia seluar... hanya itu yang aku terngiang-ngiang... dan semalam aku cium tuk terakhir kalinya...

anda percaya tentang Hantu Air??? aku tidak percaya sehinggalah diorang ceritakan tentang tanda2 di tubuh arwah... kakak ku cakap, ada tanda2 tangan memegang bahu arwah, demikian kakinya luka2, rambut arwah juga keras(menurut mama, terkena air liur), arwah bukannya budak kecil sangat pun, pandai juga berenang... bayangkan air laut tidak dalam, hanya paras bawah lutut... dan kejadian itu tidak pun sampai 10 minit... selepas arwah disuruh ke rumah kami oleh bapanya... maaf, aku nda mampu bercerita lagi...

Nota Suara Aku mengimbau antara kata2 arwah dengan mama nya... "Mak, kalau kita mau jumpa Nurul, kita mesti mati dulu kan".... dan kata adik arwah dgn bapanya"Pak, c kakak nda balik lagi kan, dia pigi tempat c Nurul kan"....bapa mana yg tidak sayang kan anak, semacho macam mana pun... dan semalam aku drive kereta diorang untuk terakhir kalinya dinaiki arwah...al-fatihah untuk Syabilla...

Sunday, November 01, 2009

IKRAR

selamat hari minggu kepada yg membaca post ni di waktu yang tepat... kalau yang membaca hari isnin ka, selasa ka, rabu ka, khamis ka, jumaat ka atau sabtu ka, pandai2 la ucap selamat untuk diri sendiri ikut kesesuaian waktu k....

pembacaan novel Ketupat Cinta Musim Pertama (KC) sudah berada diperingkat pertengahan... dan alhamdulillah setakat ini, aku dapat sedikit input yang boleh memberi semangat dalam mengharungi kehidupan yang mendatang... walaupun novel ini mengusik jiwa dan mampu menyambung urat2 lawak ke otak dan disalurkan melalui muka untuk menggerakkan muka baik untuk senyum ataupun ketawa... disamping ilmu dan pengetahuan Islam yang diterapkan, penulis begitu kreatif menyindir situasi di negara kita yang tercinta ini... seperti Madrasah Makan yang disadur dari rancangan realiti semasa... tidak lupa dengan watak2 yang dipinjam dari watak2 politk negara ini... sekurang2 nya watak2 ini membantu aku untuk mengimaginasikan dengan lebih tepat watak2 yang ingin diceritakan oleh penulis...

oklah, apa yg sepatutnya aku ceritakan dalam post kemarin adalah berkenaan kerja aku sekarang ni... tidak dinafikan bulan Oktober yang baru berlalu tidak sampai sehari semasa post ini ditulis, sangat mencabar kredibiliti aku sebagai seorang pekerja di jabatan yang bertanggungjawab untuk membangunkan syarikat... bermacam2 kerja yang diberikan bos kepada kami semua... dan ini mengajar aku bahawa bukan senang menjadi bos lebih2 lagi kepada diri sendiri... sebagai bos kepada diri sendiri, aku dikehendaki untuk menentukan plan kerja yang akan dijalankan sepanjang tahun kewangan 2009/10... keadaan ini menjadikan aku sedar bahawa kerja merancang lebih sukar dari kerja menjalankannya... tidak hairanlah orang yang berperanan merancang kerja untuk syarikat dibayar lebih tinggi berbanding mereka yang menjalankan kerja2 yang dirancang... aku teringat pepatah "Orang yang gagal merancang, sebenarnya merancang untuk gagal".... ada benarnya pepatah ini...

bulan Oktober juga agak mencabar dari segi mental... hasutan dan galakan dari rakan2 sekerja supaya menulis surat untuk dipindahkan ke jabatan lain kerana tidak berpuas hati dengan layanan ketua jabatan antara yang getir untuk aku ambil keputusan... sebagaimana yang aku tulis sebelum ini tentang perangan dan sikap KJ aku ini, namun sehingga kini, aku masih belum mahu untuk menulis surat berkaitan... pendapat aku begini, mungkin betul kita tidak suka dengan bos kita, tetapi banyak yang perlu dipertimbangkan... pertama, adakah kalau aku berpindah ke jabatan lain, aku akan mendapat layanan lebih baik dari KJ sekarang?... kedua, adakah kalau aku ke jabatan lain, masalah yang dihadapi sekarang ini dapat diselesaikan? seolah2 kita ini pengecut dan tidak sanggup untuk menerima tekanan dari KJ, sedangkan inilah hakikat dalam dunia pekerjaan...kita tidak akan selalu mendapat apa yang kita inginkan kerana hakikat yang perlu disedari kita adalah pekerja bawahan... konsep dan pegangan yang perlu kita ingat BOS SENTIASA BETUL... ketiga, yang merupakan paling penting... Allah telah berfirman di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 216 :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui".
ayat ini seperti menjadi satu pendorong dan motivasi kepadaku... justeru, aku mengambil keputusan untuk terus bertahan... keempat, apa yang aku dapat sekarang ni, kalau diteliti dengan lebih mendalam, sebenarnya merupakan satu nilai tambah dalam skop kerja aku... aku bersyukur sangat sebab skop kerja aku ni, jauh sekali dari apa yang aku pelajari di UPM dulu, juga berbeza dari kerja aku sebelum ini... sedangkan jarak masa itu baru mencecah 6tahun... Komunikasi + Retail + Pembangunan Organisasi (Pengurusan Risiko)... aku pasti tidak semua orang mempunyai pengalaman dalam bidang yang berlainan dalam tempoh yang singkat... dan aku menerima seadanya... aku hanyalah orang muda yang masih mentah dalam dunia pekerjaan, tidak sepatutnya aku berkira sekiranya kerja yang aku buat ini tidak berkaitan antara satu sama lain... mungkin akan dapat aku gunakan di masa depan... masa masih panjang untuk ditempuhi...
dan baru2 ni, mesyuarat bulanan jabatan sekali lagi, KJ memberikan aku tugas yang lagi baru... IKRAR! selaras dengan memorandum dari CEO, setiap anak syarikat mestilah mempunyai ikrar yang dibaca pada masa2 tertentu... senangnya menyebut kan, IKRAR... dulu disekolah macam2 ikrar kita baca... ikrar sekolah, ikrar pengakap, ikrar sukan dan macam2 lagi ikrar kita baca... dalam solat pun kita membaca IKRAR juga, yang disebut Doa Iftitah... yang membuat aku garu kepala ni, untuk memulakan sesuatu yang baru bukan nya mudah... ditambah lagi kita ini hanya insan biasa yang tidak mempunyai autoriti besar untuk memacu aktiviti ini... tapi aku redha, aku terima andai ini yang terbaik untuk ku...
Nota Suara Aku berasa lega akhirnya... inilah yang aku ingin catatkan di hari kemarin, tetapi semangat patriotik aku tu telah mengatasi post ini... sesuai la dengan Blog Nota Suara Aku, NSA lahir dari nota2 yang tercatat di kepala dan aku suarakan di sini, bukan untuk disebarkan dan untuk membangga diri, sebaliknya hanyalah renungan untuk aku di masa senggang supaya aku tidak lupa siapa aku dan bagaimana aku ini... semoga hari esok yang tiba, semangat aku untuk bekerja akan lebih produktif untuk kebaikan syarikat... kalau ada yang membaca post ni, doakan lah aku berjaya di masa akan datang.... perancangan jangka pendek... aku akan menjadi Ketua Pembangunan Organisasi dalam masa 5 tahun dari sekarang.... adios!!

Saturday, October 31, 2009

Bajet 1Malaysia??? mimpi kali...

assalammualaikum.... sebelum bermula, aku ingin mengimbas post aku sebelum ini diperenggan terakhir tentang hidup UMNO... jangan salah sangka yang aku ini pengyokong umno sebaliknya itu hanyalah sekadar ungkapan sindiran tentang keadaan di negara kita ini...

selesai perhimpunan umno, media disogok lagi dengan pembentangan bajet oleh YAB Perdana Menteri... seperti biasa bajet yang dibentangkan jelas bersifat berat sebelah... tidak seperti bendera BN, dacing yang seimbang... mungkin sebahagian besar rakyat akan kagum dan berterima kasih dengan pembentangan ini, namun bagi orang seperti aku... aku mendapati masih tidak nampak akan bajet untuk 1Malaysia, seperti yang dilaungkan oleh PM ke6 ini...

mungkin suda lumrah alam, manusia tidak akan dapat mampu untuk memberi kepuasan kepada semua orang... tapi agak2 la, jangan menampakkan sangat bias itu... lumrah manusia juga, bangsa sendiri akan diutamakan, negeri sendiri akan mendapat bahagian yang lebih besar daripada bangsa lain... mungkin kerana beliau lebih nampak masalah besar itu timbul di negeri nya, berbanding negara.... aku tidak menganalisis bajet ini dengan mendalam sebab aku cukup muak dengan hanya mendengar pembentangan ini melalui radio.... cukup nyata mungkin aku tidak menyukai PM ini, namun pengetahuan tidak mungkin aku buang begitu sahaja hanya kerana tidak menyukainya... betul kan... masih banyak yang perlu diperhalusi oleh golongan pemikir PM kalau benar mereka ini ikhlas untuk membangunkan 1Malaysia...

bukan salah aku, tapi mereka sendiri yang melaungkannya... justeru, kata perlu diselaraskan dengan tindakan agar negara ini dipuji, rakyat akan menghormati sejarah TANPA dipaksa untuk diingat walaupun telah dicemari...demikian juga tindakan perlu ditimbangkan dengan seadil-adilnya agar tidak ada rakyat yang merasa terpinggir... contoh paling dekat, kemiskinan tegar... untuk membasminya dengan memberikan dana kepada rakyat miskin di bandar... itu bukan tindakan yang pintar malah seakan mengajak rakyat untuk terus mundur... kita bukan Amerika yang memberikan elaun kepada penganggur....

apa yang penting, berikan peluang pekerjaan agar mereka dapat menjana sendiri pendapatan tanpa mengharapkan suapan dari kerajaan... demikian juga dengan sejumlah RM juta disalurkan kepada masyarakat sabah dan PAHANG.... aku pasti bahagian itu akan menjadi 2/10 untuk Sabah dan 8/10 untuk PAHANG... maaf kalau ada terasa, sekurang-kurangnya kamu yang terasa dapat merasa apa yang ku rasa...

Nota Suara Aku sebenarnya hanya ingin meluahkan rasa tidak puas hati dengan keadaan ini... aku bukan mau cerita pun pasal ini, cuma nya aku tidak dapat bercerita pasal lain dari ini untuk hari ini... kalau ikutkan perancangan asal, aku akan bercerita tentang kerja aku di opis, tapi entah kenapa perasaan aku tiba2 bertukar untuk berpolitik kedai kopi... kamu boleh anggap aku berleter, apa yang tercatat adalah apa yang terbuku di dalam benak ku... aku notakan suara ku, kalau ianya boleh dikongsi terima kasih... kalau tidak, abaikan saja.... akhir untuk hari ini, TAKE IT OR LEAVE IT! adios!

Monday, October 19, 2009

Papadom + Ketupat Cinta

post ni sepatutnya aku keluarkan minggu lepas selepas menonton Papadom, tapi seperti tidak ada keluangan untuk aku menotakannya. sebuah lagi karya filem yang baik untuk ditonton oleh semua. pembukaan cerita yang baik dan memang sebuah filem yang pecah perut...

aku nda tau mau komen suda, antara ingat-ingat lupa plot cerita nya... ada kelemahan yang perlu diperbaiki... penggunaan kostum2 seperti kenderaan yang melampau mahal yang sebenarnya tidak menggambarkan pelajar kaya di Malaysia... aku nda pasti kalau memang wujud pelajar kaya seperti itu yang membawa kereta mahal ke kolej, tapi aku nda pernah nampak sekalipun di kolej dulu... mungkin pembuat filem terikut2 dengan cerita barat... tidak mengapa, mungkin tidak disengajai dan tidak mungkin kita mengharapkan filem yang original malaysia tanpa peniruan, betul nda? tapi filem ini masih dalam kategori 4/5 bintang...

dalam pada itu, aku juga kembali gila membeli dvd untuk ditonton malam hari menjelang brodban biru membuat hal... asyik2 putus kerja nya, padahal hujung bulan kena bayar rm68!!! tidak langsung berbaloi2... akhirnya aku mengambil keputusan drastik menukar kepada brodban kuning secara serta-merta... nda tahu la dimana silapnya... berbalik kepada dvd yang aku beli, setakat ni aku suda membeli 8dvd bermula dengan Pirate of the Caribbean, B13U, G-Force, Alien in the Attic, Tsunami dan macam2 lagi la...

Nota Suara Aku sekarang ni pula sedang menjamah Ketupat Cinta karya Faisal Tehrani... sebuah lagi novel yang baik untuk dibaca sambil2 mengingatkan dengan sejarah kita(Melayu@Malaysia)... eh yaka kita...apa-apala yang penting meminjam kata-kata Najib "walau bumi berkeping dua, takkan ku berpatah haluan".....Hidup UMNO!...adios!

Tuesday, October 13, 2009

Kesesakan

sungguh dahsyat jem pagi tadi, ni la kali pertama aku tersangkut dalam kesesakan yang teruk dan lama pula tu... bayangkan jalan yang mengambil masa hanya 15 minit untuk sampai ke opis, memakan masa 1 setengah jam!!! alangkah teruknya pemanduan pengguna jalan raya di kk dan lebih teruk lagi penguatkuasa jalan yang langsung tidak nampak batang hidung bagi menyelesaikan masalah apalagi untuk mengurangkan kesesakan ini...

Dimana pengutip2 saman dan pegawai2 pengaman jalan raya di waktu mereka diperlukan... aku yakin bukan aku saja yang memaki hamun mereka ini... kesesakan hari ini betul2 di tahap luar biasa... aku cukup terkilan langsung dengan keadaan begini... kalau menteri2 tu boleh pula siap ada eskot sampai 5biji motor besar, yang dengan bangganya menyekat laluan semata2 untuk memastikan kelancaran para menteri sampai ke tempat di tuju...

aku baru berangan2 ingin memiliki motor untuk mengatasi masalah kesesakan jalan di kk ni... dan kejadian pagi tadi, semakin menguatkan tanda setuju aku WAJIB memiliki motor untuk ke tempat kerja... bukan apa, aku pergi kerja pun satu orang tanpa penumpang... jadi bukan tindakan yang salah untuk aku memiliki motor demi keselesaan diri sendiri dan mengurangkan jumlah kenderaan beroda empat dan keatas yang berada di atas jalan raya .... harapkan flyover dibikin, kena tunggu tahun 2020 la alamatnya...

Nota Suara Aku membayangkan dalam 5tahun akan datang, kerajaan Malaysia yang disayangi rakyat akan mengambil inisiatif membina landasan keretapi di kawasan kk bagi mengatasi masalah ini.... rindu pula menaiki komuter bersesak2 di hujung minggu dengan pelbagai aroma yang mengHARUmkan...adios!